Month August Draf For Demo Instrader Contest
(a) Takrifan logam perak
· Perak atau argentum daripada bahasa Latin Argentum, ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.
· Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentitt dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.
· Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.
Selain itu logam perak juga sangat penting di dalam bidang pelaburan dan masa depan pelaburan logam perak adalah :
(b) Masa depan pelaburan logam perak
Semua penyimpan, pelabur, peniaga mula memberi perhatian kepada logam perak disebabkan oleh kenaikan harga logam perak yang lebih tinggi berbanding emas. Jadi saya akan berkongsi sedikit mengapa perak berpotensi melonjak lebih tinggi dan tak kurang juga yang melabel " Silver is poor man gold " kerana harga yang lebih murah berbanding emas tetapi potensi lonjakan harga lebih tinggi. Saya kongsikan beberapa faktor yang saya kira potensi melonjakkan harga perak :
1. Logam perak tidak mempunyai lombong khusus berbanding emas. Secara asasnya perak dihasilkan sebagai hasil sampingan dari bijih logam lain seperti nikel, kuprum. Maknanya pengeluaran perak adalah lebih terhad berbanding emas.
2. Perkembangan teknologi dengan sangat pantas menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Perak digunakan secara meluas dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar, bidang perubatan dan lain-lain.
3. Perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Sama seperti emas, perak juga dikategori sebagai "precious metal" dan bersifat kalis inflasi.
4. Permintaan yang semakin meningkat. Negara China merupakan pengimport tegar emas dan perak. Bagi logam perak China mengeksport 100 juta auns perak sebelum ini dan kini China mengimport 112 juta auns.
(c) Permintaan logam perak untuk kegunaan industri
Pada 2009, permintaan utama perak adalah daripada kegunaan industri (40%), barang kemas,syiling bulion dan produk pertukaran bursa.
Selain itu adalah :
